Barrales Lengkapkan Senarai Pemain Import JDT Musim 2017

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 1:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal melengkapkan kuota empat pemain import apabila sah mengikat pemain keempat dari Argentina bagi mengharungi Liga Malaysia 2017.

Bernama difahamkan pemain berkenaan adalah bekas penyerang kelab Turki, Sivasspor iaitu Jeronimo Barrales.

Menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers, Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez berkata penyerang berkenaan yang dikenali sebagai 'Apache Assassin' akan menggantikan tempat Juan Martin Lucero dari Argentina yang dijual kepada kelab Mexico, Club Tijuana.

Skuad Harimau Selatan sebelum ini melepaskan rakan senegara Lucero, Jorge Pereyra Diaz kerana pemenang Anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak) Liga Super 2016 itu dilaporkan meminta gaji yang tinggi.

JDT sah diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrerra selain bekas penyerang PKNS FC, Gabriel Miguel Guerra yang bakal beraksi untuk JDT II.

Pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun pula dilaporkan akan dipinjamkan sama ada kepada kelab Portugal atau Jepun selama setahun pada musim depan dan tempat beliau diisi pemain import dari Argentina, Brian Ferreira yang memegang kerakyatan Iraq. 

Skuad Harimau Selatan turut mempunyai seorang lagi pemain import iaitu Marcos Antonio dari Brazil yang beraksi di posisi pertahanan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JDT , Liga Super , Barrales

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan