Penjaga Gol United Sam Johnstone Ke Aston Villa

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 8:02 AM

Sam Johnstone

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Manchester United, Sam Johnstone telah menyertai Aston Villa secara pinjaman.

Johnstone, 23, akan menghabiskan sisa kempen bersama Aston Villa selepas hanya tampil dalam skuad United bawah 23 tahun pada musim ini.

Kenyataan Reds Devils menyatakan bahawa: "Penjaga gol Manchester United Sam Johnstone telah menyertai Aston Villa secara pinjaman untuk baki musim ini.”

Pengurus United, Jose Mourinho baru-baru ini mengakui Johnstone akan menjadi satu-satunya pemain yang akan meninggalkan Old Trafford secara pinjaman semasa jendela perpindahan pada Januari.

Dan, bagi bekas pemain antarabangsa England bawah 20 tahun itu yang berada di belakang David De Gea dan Sergio Romero dalam senarai pemilihan pemain Mourinho, dia sudah tidak sabar untuk bekerja di bawah Steve Bruce.

Dalam kenyataannya di laman web rasmi Villa: "Saya benar-benar gembira kerana telah menyertai Aston Villa, ia adalah sebuah kelab besar.

"Saya benar-benar teruja untuk berada di sini. Aston Villa telah menunjukkan minat dan ia adalah satu peluang untuk saya melonjak. Ia adalah sesuatu yang anda tidak boleh tolak.

"Saya sangat gembira berada di sini dan saya gembira kerana semuanya telah disusun. Saya juga tidak sabar untuk bekerja dengan Steve Bruce.

"Saya telah mendengar perkara-perkara yang sangat baik tentang pengurus itu. Anda boleh lihat rekod beliau. Dia bagus untuk kelab dan saya tidak sabar untuk bersama kelab itu sekarang."
Tags / Kata Kunci: Sam Johnstone , pinjaman , penjaga gol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan