Kelantan Kekal Beraksi Di Liga Super

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 3:46 PM

Pengerusi RedONE yang juga Presiden Al Hamra Group Tan Sri Annuar Musa (kanan) mengumumkan menjadi penaja utama kepada pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melalui dua syarikat tersebut pada 6 Januari 2017. Turut hadir Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi Ismail (duduk kiri) dan Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor (duduk tengah). - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Teka-teki penyertaan skuad The Red Warriors dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akhirnya memutuskan untuk kekal beraksi.

Ini selepas KAFA berjaya memperoleh suntikan dana yang diharapkan menerusi penajaan daripada dua syarikat iaitu RedONE dan Al Hamra Group.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata keputusan untuk kekal beraksi dalam Liga-M dicapai selepas kedua-dua syarikat berkenaan bersetuju menjadi penaja utama skuad The Red Warriors musim ini.

"Hari ini kita akan mendaftar 23 pemain termasuk seorang pemain import kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) bagi membolehkan Kelantan kekal beraksi," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Turut hadir, Pengerusi RedONE Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Al Hamra Group.

RedONE adalah sebuah syarikat telekomunikasi manakala Al Hamra Group merupakan syarikat berasaskan pertanian dan perladangan.

Sementara itu, Annuar berkata pihaknya membuat keputusan menjadi penaja utama melalui dua syarikat tersebut bagi membolehkan Kelantan terus beraksi pada saingan musim ini. 

"Peringkat awal, sebanyak RM3 juta disediakan sebagai jaminan untuk membolehkan pasukan Kelantan terus beraksi.

"Kami juga menaja tiga pemain import iaitu seorang pemain dari Asia dan dua pemain dari Eropah yang mana kami akan bertanggungjawab berkaitan pengurusan mereka," katanya.

Beliau berkata keputusan itu dilakukan setelah mengadakan perbincangan dengan KAFA pada malam semalam mengenai nasib dan kemelut yang dihadapi persatuan tersebut.

"Saya bersetuju menjadi penaja, namun tidak akan kembali menjadi Presiden KAFA kerana saya mahu melihat Kelantan beraksi," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan KAFA mahu menarik diri daripada saingan Liga-M kerana menghadapi kemelut kewangan yang kritikal. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , KAFA , Liga Super

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan