Kekalahan Ujian Yang Baik Untuk Chelsea - Conte

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 7:21 AM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea Antonio Conte percaya kekalahan kepada Tottenham Hotspur boleh menjadi ujian kekuatan mental yang baik buat skuad bimbingannya.

Spurs mengakhiri kemaraan Blues yang menang 13 perlawanan berturut-turut sekali gus menyekat impian mereka untuk mencipta kemenangan ke-14 apabila tewas 2-0 di White Hart Lane, awal pagi Khamis.


Conte menegaskan pasukannya mesti segera kembali bekerja keras dan menunjukkan tindak balas pada perlawanan akan datang, tetapi dia percaya kekalahan ini sama sekali berbeza dengan kekalahan mereka kepada Liverpool dan Arsenal sebelum ini pada bulan September.

"Ia boleh menjadi ujian yang baik (bagi kami)," katanya.

"Selepas mengalami kekalahan, selalunya sangat sukar untuk mengetahui tentang tindak balas anda.

"Sekarang kita perlu mulakannya semula dan berusaha. Saya fikir kekalahan ini adalah sama sekali berbeza daripada kekalahan kami pada bulan September, kerana menentang Liverpool dan Arsenal  pada saat itu, kami bukan dalam satu pasukan.

“Pemikiran saya tidak berubah, sama ada kami menang atau kalah. Latihan tidak berubah. Kami mesti terus bekerja dan keutamaan sekarang adalah untuk memenangi perlawanan seterusnya.”

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino telah membuat penyesuaian dengan sistem 3-4-3 yang diguna pakai Chelsea tetapi Conte melihat tidak ada sebab untuk dia menukar formasi itu meskipun mengakui pasukan lain telah dapat menyesuaikan diri dengan falsafah permainan beliau.

"Bukan mudah untuk menukar formasi dalam satu hari, atau seminggu, kerana kita sudah biasa bekerja dalam satu sistem dan pembentukan," katanya.

“Apabila banyak buat perubahan dan sistem yang berbeza digunakan, saya fikir ia bermakna anda tidak banyak berusaha dalam pembentukannya.

“Aneh sekali bila anda bertanya kepada saya, selepas satu kekalahan, selepas 13 kemenangan berturut-turut, jika saya sudah berfikir untuk menukar formasi.

"Ia adalah amat sukar kerana saya melihat, untuk menghalang kita, pasukan lain akan mengubah formasi berdasarkan formasi ini, tidak.

"Saya fikir kita telah menemui keseimbangan yang baik dengan pembentukan ini dan kami akan meneruskannya. Pada masa akan datang ia mungkin boleh berlaku. Tetapi saya memerlukan lebih banyak masa untuk bekerja dan untuk menukar formasi dan sistem. Dalam fikiran saya ada kemungkinan ini ada.”
Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea , rekod tanpa kalah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan