Tanpa Ronaldo, Real Madrid Mampu Belasah Sevilla 3-0

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 8:49 AM

Pemain Sevilla Mariano Ferreira (kiri) cuba mendapatkan bola daripada pemain Real Madrid James Rodriguez. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid meneruskan rekod tanpa kalahnya pada musim ini.

Pasukan Zinedine Zidane mencatat kemenangan ke-38 apabila menang 3-0 ke atas Sevilla pada perlawanan pertama saingan Copa del Rey di Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.

Kemenangan meyakinkan ini juga sekali gus membuatkan Real melangkah satu kaki untuk mara ke pusingan suku akhir Copa del Rey 2016/2017.

Perlawanan kedua akan berlangsung di markas Sevilla, Ramon Sanchez Pizjuan, pada 12 Januari ini.

James Rodriguez menjadi bintang dalam perlawanan di Bernabue.

Penyerang dari Colombia ini meledakkan dua gol pada minit ke-11 memanfaatkan umpan Casemiro, dan gol dari titik penalti pada minit ke-44.

Satu lagi gol Madrid disempurnakan oleh Raphael Varane pada minit ke-29, memanfaatkan assist Toni Kroos.

Jurulatih Madrid Zinedine Zidane memuji penampilan pasukannya.

Namun, Zidane mengingatkan pasukannya bahawa masih ada satu lagi perlawanan yang harus ditempuhi.

"Saya sangat gembira kerana pasukan kami telah menunjukkan kerjasama yang lengkap, terutama di babak pertama," kata Zidane memetik football-espana .

"Kami memulakan perlawanan dengan sangat baik dan berjaya mendapatkan gol dengan cepat. Itu telah memberikan kami banyak kekuatan.

"Di babak kedua, kami meneruskan persembahan yang baik. Secara umum, saya puas hati dengan apa yang  pasukan kami telah lakukan," ujar Zidane.

Dalam perlawanan ini Zidane tidak menurunkan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo sebaliknya mempertaruhkan bakat pemain pelapis seperti Alvaro Morata dan Marco Asensio yang bermain bersama Rodriguez.

Tags / Kata Kunci: Copa del Rey , Ronaldo , Rodriguez

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan