Aksi Pemanas Badan Skuad Bola Sepak Wanita Di Singapura

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 10:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Mohd Asyraaf Abdullah memanggil 22 pemain untuk Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita Serantau 2017 bermula 16-20 Februari ini di Singapura.

Kejohanan tiga penjuru yang turut disertai tuan rumah Singapura dan Filipina, merupakan pemanas badan bagi skuad negara sebelum mengharungi Kejuaraan Bola Sepak Wanita AFF 2017 bermula 1-10 Mac di Thailand.

Kesemua 22 pemain yang disenaraikan itu perlu menghadiri kem latihan pusat bermula Isnin ini di Kompleks Sukan Universiti Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah.

Senarai itu juga menyaksikan hanya satu muka baharu diserapkan oleh Mohd Asyraaf kali ini iaitu, pemain pertahanan berusia 18 tahun, Nurulhuda Zainol Razak dari Negeri Sembilan.

Baki 21 pemain dikekalkan daripada 25 pemain yang dipanggil untuk kemlatihan pusat sebelum ini bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal pada 17 Disember lalu, yang menyaksikan skuad negara tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah di Kompleks ANFA, Kathmandu.

Mohd Asyraaf berkata kejohanan di Singapura itu merupakan pentas yang terbaik untuk beliau menguji kemampuan anak buahnya beraksi menentang pasukan rantau Asia Tenggara.

"Objektif utama kami pada Kejuaraan Bola Sepak Wanita AFF pada bulan Mac ini ialah bagi membentuk sebuah pasukan yang kuat sebagai tuan rumah untuk menghadapi Sukan SEA pada Ogos ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Senarai pemain:

Marcella Angela Parais, Yasrilaura Tumas, Fedalliah Claritta Jaimin, Usliza Usman, Haindee Mosroh, Asma Junaidi, Shereilynn Elly Pius, Jaciah Jumilis, Dadree Rofinus, Masturah Majid dan Elisah Esar, Nur Athirah Farhanah Zairi, Nurulhuda Zainol dan Malini Nordin (Negeri Sembilan), Puteri Nor Alisa Wilkinson (Pahang), Angela Kais, Nur Haniza Saarani, Dhiya Fatihah Ahmad Razali, NorAtikah Abdul Wahab,  Anis Aisyah Asiati, Nor Athirah Mamat dan Nurul Azurin Mazlan.

Tags / Kata Kunci: skuad bola sepak wanita , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan