Wenger, Mourinho Cemburukan Chelsea - Conte - Bola Sepak | mStar

Wenger, Mourinho Cemburukan Chelsea - Conte

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 10:50 AM

(Ubah saiz teks)

BOS Chelsea, Antonio Conte mula melancarkan perang psikologi terhadap dua pencabarnya, Arsene Wenger dan Jose Mourinho apabila menyifatkan kedua-dua pengurus tersebut cemburu dengan kelebihan yang dimiliki skuad The Blues.

Wenger dan Mourinho sebelum ini mengkritik jadual Liga Perdana Inggeris yang dianggap tidak seimbang dan memberi kelebihan kepada Chelsea untuk berehat lebih lama berbanding pasukan lain.

Chelsea akan berkunjung ke White Heart Lane untuk berdepan Tottenham Hotspur pada awal pagi Khamis dan berpeluang melebarkan jurang mata dengan pencabar terdekat Liverpool jika melakar kemenangan.

Namun mengulas tentang komen Wenger dan Mourinho, Conte berkata, kedua-dua seterunya itu cemburu dengan kedudukan Chelsea yang kini menghuni tangga teratas liga.

"Saya boleh membalas kritikan mereka dengan memberitahu bahawa bukan saya yang membuat jadual itu.

"Kelebihan yang Chelsea miliki adalah tempoh rehat sehari lebih lama berbanding Tottenham.

"Itu adalah kelebihan jika kita bercakap tentangnya. Tetapi bagi saya kelebihan adalah perkara lain.

"Sepanjang musim, banyak perkara boleh berlaku apabila anda memiliki kelebihan tetapi bagi saya ini (jadual) bukan kelebihan.

"Saya fikir mereka (musuh Chelsea) marah dengan kedudukan kami, bukan jadual," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan