Arsenal Sempat Kejar Gol, Ikat Bournemouth Seri 3-3 - Bola Sepak | mStar

Arsenal Sempat Kejar Gol, Ikat Bournemouth Seri 3-3

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 7:23 AM

Alexis Sanchez sewaktu membuat jaringan pertama buat Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Bournemouth. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ARSENAL sempat mengejar tiga gol yang diraih Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality di Bournemouth, selatan England, awal pagi Rabu.

Dalam usaha mengejar untuk menyamakan kedudukan, kelab The Gunners menunjukkan prestasi yang menakjubkan apabila berjaya meraih tiga gol, kesemuanya pada babak kedua permainan.

Ia sekaligus mengikat Arsenal dan Bournemouth seri 3-3.

Tiga gol Arsenal diraih pada waktu kemuncak itu menerusi aksi Alexis Sanchez (70'), Lucas Perez (75') dan Olivier Giroud (90+2').

Manakala tiga gol Bournemouth pula dicatatkan oleh Charlie Daniels (16'), Callum Wilson (20'-pen) dan Ryan Fraser (58'). 

Walaupun tertinggal jauh sewaktu babak pertama tanpa sebarang gol, tetapi Arsenal tampil mendominasi permainan.

Arsenal menduduki tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris dengan 41 mata, hanya berbeza satu mata dengan saingan terdekatnya, Manchester City yang berada di tempat ketiga dengan 42 mata.

Bournemouth pula di tangga kesembilan dengan 25 mata.



   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan