Jadual Perlawanan Liga Tidak Seimbang - Wenger

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengkritik jadual Liga Perdana Inggeris musim ini yang disifatkan sebagai  paling "tidak seimbang" sepanjang tempoh 20 tahun dia bersama The Gunners.

Malah Wenger cuba mengaitkan Chelsea dalam kritikannya itu apabila menyatakan skuad The Blues dapat berehat lebih 48 jam selepas beraksi pada Sabtu lalu sebelum bertemu Tottenham Hotspur pada awal pagi Khamis.

Berbanding Arsenal, skuad kendalian Wenger itu hanya memiliki tempoh 48 jam untuk berehat selepas menang ke atas Crystal Palace pada Ahad sebelum bertemu Bournemouth pada awal pagi Rabu.

"Dalam tempoh 20 tahun, ini kali pertama saya lihat jadual yang tidak seimbang dalam tempoh sambutan Krismas.

"Perbezaan tempoh rehat sukar dipercayai, berbanding dengan pasukan lain," katanya.

Kemenangan ke atas Palace membawa Arsenal ke tangga ketiga liga tetapi masih ketinggalan sembilan mata di belakang Chelsea yang semakin selesa mendahului liga selepas menang 13 perlawanan berturut-turut.

"Setiap perlawanan sangat sukar kerana kami perlu beraksi dalam tempoh 48 jam," katanya.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan