Harap Fifa Benar Faiz Pakai Baju Melayu

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 8:50 PM

Datuk Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar memperkemaskan pakaian tradisional Melayu yang dipakai Mohd Faiz Subri selepas majlis penyerahan pakaian itu pada Selasa. -foto ZHAFARAN NASIB / The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) berharap calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk memakai pakaian tradisional Melayu ketika menghadiri majlis anugerah itu.

Pengerusi ISMMA, Datuk Wira Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata mengikut kod pakaian majlis itu, kesemua hadirin lelaki harus memakai pakaian kemas bersama tali leher warna gelap.

Namun, beliau berkata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh membuat permohonan terlebih dahulu kepada Fifa supaya dapat memberi kelonggaran kepada Mohd Faiz memakai pakaian tradisional Melayu.

"Saya percaya Fifa boleh memberi kelonggaran kepada Mohd Faiz untuk memakai pakaian tradisional Melayu lengkap dengan tanjak dan songket asli Melaka," katanya kepada pemberita selepas menghadiahkan sepersalinan lengkap baju Melayu kepada Faiz di sini, Selasa.



Beliau berkata sumbangan pakaian bernilai RM3,000 itu juga merupakan pengiktirafan terhadap kesungguhan Mohd Faiz mengenakan busana tradisional Melayu itu di pentas antarabangsa yang disifatkan sebagai semangat jati diri tinggi yang dimiliki generasi muda.

Majlis pengumuman pemenang anugerah Puskas akan berlangsung pada Anugerah Bola Sepak Fifa di Zurich, Switzerland pada 9 Januari ini dan Mohd Faiz dijangka bertolak ke sana dari Pulau Pinang pada Sabtu ini.

Sementara itu, Mohd Faiz berkata beliau masih menaruh harapan tinggi untuk memakai baju Melayu pada majlis tersebut.

"Saya akan bawa baju ini ke Zurich walaupun Fifa masih belum membuat sebarang keputusan dan jika penganjur membenarkannya pada saat akhir, sekurang-kurangnya saya sudah bersedia," katanya.

Mohd Faiz, anak jati Ayer Hitam, Kedah itu perlu bersaing dengan dua pemain lain ialah Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela untuk mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama merangkul anugerah itu.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum tarikh tutup undian pada 8  Januari ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan