Swansea City Hampir Muktamad Perlantikan Pengurus Baharu - Bola Sepak | mStar

Swansea City Hampir Muktamad Perlantikan Pengurus Baharu

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 8:54 AM

Paul Clement. Foto PA

(Ubah saiz teks)

SWANSEA City hampir memuktamadkan keputusan mereka untuk melantik Paul Clement sebagai pengurus baharu.

Kelab itu berharap dapat memperolehnya pada Selasa depan.

Difahamkan, perjanjian telah dipersetujui secara dasar bagi mendapatkan penolong pengurus Bayern Munich.

Jawatan itu dikatakan turut menyaksikan saingan daripada bekas pengurus Birmingham City, Gary Rowett.

Sumber Swansea City yakin langkah itu diteruskan, yang dilihat dapat menyelesaikan krisis yang melanda kelab tersebut, terutama selepas kekalahan ketika menentang Bournemouth pada Sabtu.



   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan