Spurs Mudah Benam Watford, Lonjak Tangga Ketiga

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 10:25 PM

Harry Kane menjaringkan gol pertama perlawanan ketika menentang Watford. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

TOTTENHAM Hotspur tidak berdepan masalah besar untuk membenam Watford di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad apabila menang besar dengan keputusan 4-1, sekali gus melonjak ke tangga ketiga liga.

Penyerang Spurs, Harry Kane seolah-olah sudah menemukan sentuhan berbisanya apabila tidak menunggu lama untuk menggegarkan jaring lawan pada minit ke-27 sebelum menambah lagi satu jaringan pada minit ke-33.

Sebelum tamat separuh masa pertama, pemain tengah Spurs, Dele Alli menambah derita pasukan bimbingan Walter Mazzarri apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-41.

Babak kedua bertambah buruk buat Watford apabila Alli sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring gol keempat perlawanan hanya seminit selepas sepak mula.

Watford meraih gol saguhati pada minit kecederaan sebelum perlawanan tamal hasil jaringan Younes Kaboul.

Keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan Spurs itu sekali gus mengukuhkan kedudukan untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah, mendahului dua mata di depan Arsenal yang kurang satu perlawanan.

Selain itu, anak buah Mauricio Pochettino mencatatkan empat kemenangan liga berturut-turut selepas kali terakhir tewas kepada Manchester United pada 11 Disember lalu.

Kemenangan itu juga mengekalkan jarak beza tiga mata dengan Manchester United yang turut mengejar kedudukan empat terbaik bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.

Tags / Kata Kunci: Tottenham Hotspurs

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan