Tandukan Barkley Selamatkan Everton

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 8:04 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemain tengah England, Ross Barkley berjaya mengikat kedudukan seri 2-2 sekaligus menyelamatkan Everton ketika menentang Hull City pada aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung awal pagi Sabtu.

Barkley menanduk masuk bola pada minit ke-84 hasil hantaran Leighton Baines.

Ia berlaku 19 minit selepas Robert Snodgrass meletakkan Hull di depan Everton menerusi sepakan percuma.


Ross Barkley

Terdahalu pemain pertahanan, Michael Dawson memberikan Hull gol pembukaan hasil hantaran Curtis Davies pada minit keenam.

Susulan itu gol, sendiri oleh penjaga gol tuan rumah, David Marshall membuka peluang Everton menyamakan kedudukan sejurus sebelum berakhir separuh masa pertama.

Hull, yang tewas lima daripada tujuh perlawanan mereka sebelum ini naik ke tangga kedua tercorot liga dengan 13 mata hasil daripada 19 perlawanan.

Sementara itu Everton kini berada di tangga ketujuh dengan 27 mata, 19 mata ketinggalan daripada pendahulu liga, Chelsea.

Pengurus Hull, Mike Phelan enggan mengulas tindakan Marshall menjaringkan gol sendiri.

"Kesilapan berlaku," kata Phelan.

Tags / Kata Kunci: Everton , Hull City , Liga Perdana Inggeris , EPL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan