PFAM Tidak Pernah Campur Urusan Pengurusan Persatuan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) kecewa dengan kenyataan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang mempersoalkan tindakan PFAM memperjuangkan hak para pemain dengan menyatakan hal persatuan bukan urusan mereka.

Kekecewaan itu diungkapkan selepas Annuar menerusi laman sosial Facebook pada Khamis mempersoalkan apakah yang dilakukan ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail untuk meningkatkan profesionalisme pemain selepas Izham mendedahkan masih ada 23 kes tunggakan gaji pemain belum diselesaikan, membabitkan lapan pasukan.

Presiden PFAM Hairuddin Omar dalam satu kenyataan berkata secara profesional, PFAM tidak pernah mencampuri urusan pengurusan sesebuah persatuan kerana hormat dengan 'kedaulatan' setiap persatuan.

"PFAM hanya akan terlibat apabila ada menerima laporan daripada para pemain iaitu ahli PFAM yang meminta bantuan kami menyelesaikan permasalahan mereka.

"Segala usaha telah kami lakukan namun masih menemui jalan buntu dan persatuan seolah-olah tidak serius dalam usaha menyelesaikan masalah gaji.

"Perkara ini amat mengecewakan kami lantas ia tidak mencerminkan sikap profesional persatuan. Kami lihat pasukan-pasukan bola sepak terus berhutang dengan para pemain, masih ligat merekrut pemain-pemain baru bagi mempersiapkan diri untuk saingan musim depan," katanya.

Hairuddin berkata apabila PFAM meminta penjelasan, jawapan yang sering diberikan oleh pasukan ialah tidak mempunyai dana, menunggu wang penaja dan lain-lain.

Tambahnya, sejak beroperasi, PFAM melakukan pelbagai usaha meningkatkan tahap profesionalisme para ahli dan mentaliti profesionalisme para pemain kini sudah semakin baik.

Katanya, sekalipun diakui masih ada para pemain yang bermasalah namun ia adalah suatu proses berterusan dan PFAM akan terus komited melaksanakan tugas mereka.

"Profesionalisme dalam pengurusan pasukan dilihat tidak selari dengan tempoh yang dikatakan 'berpengalaman' dan 'matang' di mana persatuan masih berada di takuk lama. Isu yang berlaku adalah isu yang berulang.

"Malah ketika kita bergerak ke arah penswastaan liga, pasukan masih lagi belum bersedia untuk keluar dari 'zon selesa' mereka. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah pemain," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Izham Ismail , PFAM , KAFA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan