Guardiola Mahu Sterling 'Senyapkan' Penyokong Liverpool

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 9:55 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mencabar pemain harapannya, Raheem Sterling mempamerkan kekuatan mental untuk menutup mulut penyokong Liverpool menjelang pertemua kedua-dua pasukan pada awal pagi Ahad.

Sterling yang berpindah ke Manchester City dari Liverpool pada tahun lalu, sering diejek oleh penyokong The Reds yang berang keputusannya meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris 18 kali itu.

Malah pemain sayap England itu dimalukan pada musim lepas ekoran kekalahan 0-3 kepada Liverpool ketika dia kembali beraksi di Anfield.

Namun bos baharu skuad The Citizen mahu anak buahnya itu belajar menyerap tekanan yang tinggi dan berjuang untuk memastikan penyokong Liverpool "disenyapkan" pada perlawanan tersebut.

"Sukar untuk beraksi dengan baik jika sering diejek penyokong lawan.

"Memang benar perkara itu tidak mudah diatasi tetapi ia merupakan cabaran untuk Sterling menjadi pemain yang lebih baik," kata Guardiola.

Berdasarkan rekod, City hanya menang sekali di Anfield dalam tempoh 35 tahun iaitu pada 2003 dan Guardiola nekad untuk menamatkan badi tersebut.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu menerima berita gembira apabila skuadnya bakal diperkuatkan dengan kehadiran semula penyerang berbisa, Sergio Aguera yang tamat menjalani penggantungan empat perlawanan.



iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan