Chelsea Nyaris Kehilangan Khidmat Conte - Bola Sepak | mStar

Chelsea Nyaris Kehilangan Khidmat Conte

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG dan peminat Chelsea boleh menarik nafas lega apabila pengurus kelab itu, Antonio Conte dilaporkan 'cergas' dalam perlawanan menentang Stoke City pada Sabtu malam.

Conte yang merupakan watak penting menaikkan semula reputasi Chelsea pada musim ini, mengalami kecederaan betis ketika menyertai sesi latihan bersama anak buahnya di pusat latihan Cobham.

Bagaimanapun portal Mail Online melaporkan, kecederaan yang dialami pengurus berusia 47 tahun itu tidak serius dan dijangka mampu meneruskan tugas untuk mengendalikan pasukannya pada perlawanan menentang Stoke.

Chelsea kini menduduki tangga teratas liga dengan kelebihan enam mata di depan pencabar terdekat Liverpool yang akan melayan kunjungan Manchester City.

Skuad bimbingan Conte melakar 12 kemenangan berturut-turut dalam saingan liga dan dia mahu rentak tersebut diteruskan.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan