Tottenham Tundukkan 10 Pemain Southampton

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 7:02 AM

Dele Alli menjadi wira dalam membantu kemenangan Tottenham Hotspur. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

TOTTENHAM Hotspur memungut mata penuh dalam kunjungannya ke markas Southampton dengan kemenangan 4-1 di Stadium St Mary Stadium, awal pagi Rabu.

Southampton unggul 1-0 terlebih dulu menerusi gol van Dijk pada minit kedua.

Spurs bagaimanapun membalasnya dengan empat gol yang diperolehi melalui aksi Dele Alli (19', 87'), Harry Kane (52'), dan Son Heung-min (85').


Kane gagal menambah keunggulan Spurs pada minit ke-58 apabila terlepas tendangan penalti.

Southampton pula menyudahkan pertandingan dengan 10 pemain apabila Nathan Redmond dilayangkan kad merah di awal babak kedua.

Spurs menggunakan kesempatan ini untuk mencipta dua gol tambahan menjelang tamat perlawanan.

Dengan kemenangan 4-1 ke atas Southampton ini, Spurs berada di posisi kelima dengan 36 mata, ketinggalan 10 mata dari Chelsea yang berada di puncak dan satu angka di belakang Arsenal.

Southampton kekal di kedudukan kelapan dengan 24 mata.

Kemenangan ini juga kembali menjadikan Spurs menjaga jarak dengan Manchester United yang berada di bawahnya dengan perbezaan tiga mata.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan