Selangor Kembali Buru Khidmat Forkey Doe

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 8:39 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe yang pernah beraksi dengan Selangor pada 2013 merupakan antara pemain yang diintai skuad Gergasi Merah untuk memperkuatkan jentera serangan mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.

Ketua jurulatih Selangor, P. Maniam berkata beliau juga berharap Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dapat mengekalkan khidmat pemain pertahanan dari Nigeria, Ugo Ukah yang disifatkannya mempunyai kepimpinan yang baik di atas padang.

"Kami memerlukan pemain pertahanan tengah yang mantap seperti Ugo Ukah yang mempunyai karakter serta kepimpinan yang baik ketika berada di atas padang namun saya juga memerlukan dua orang penyerang asing untuk digandingkan bersama (pemain sayap) Andik Vermansah (dari Indonesia)," kata Maniam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas aksi persahabatan pra musimantara Selangor dan Sime Darby FC yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Padang Latihan Sime Darby di Bukit Jelutong di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai keputusan perlawanan itu, Maniam berpuas hati kerana gandingan pemain muda dan berpengalaman mula menunjukkan keserasian walaupun baharu tiga hari menjalani latihan, namun mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. -

"Saya perlu membuat lebih banyak kerja rumah untuk memperbaiki kelemahan dalam pasukan. Saya yakin pemain yang ada bersama pasukan ketika ini adalah profesional dan mereka tidak terganggu dengan perkara yang melanda pengurusan pasukan ketika ini," jelas Maniam yang merupakan bekas pemain Selangor pada era1990-an.

Berkongsi pandangan sama adalah Ketua jurulatih Sime Darby FC, Ahmad Yusof yang berpuas hati dengan keputusan yang dicapai hari ini setelah menjalani latihan sejak pertengahan bulan ini. 

"Perlawanan persahabatan ini bukan saya mahu mencari kemenangan tetapi mencari keserasian di antara pemain,"katanya sambil memaklumkan sudah mengenal pasti 23 pemain yang akan memperkuatkan skuad 'The Giant Killer' dalam saingan Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim depan.

Untuk rekod, Sime Darby FC tersingkir ke saingan Piala FAM 2017 setelah menduduki tangga terakhir daripada 12 pasukan dalam Liga Perdana musim ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Forkey Doe , Selangor

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan