Pulau Pinang Janji Permainan Menarik Musim 2017

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 5:02 PM

Ashley Westwood

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang menjanjikan tahap kecergasan, disiplin serta tempo permainan lebih menarik bagi saingan Liga Malaysia 2017 bermula Januari ini.

Pengurusnya Zairil Khir Johari berkata ketua jurulatih yang baharu dilantik Ashley Westwood sedang giat mempersiapkan pasukan dengan mewujudkan pusat latihan bersepadu yang belum pernah ada sebelum ini.

"Pusat latihan bersepadu di Stadium Bandaraya itu mempunyai program holistik merangkumi aspek pemakanan seperti diet dan menu pemain yang dititikberatkan.

"Selain pembaharuan itu, khidmat fisioterapi serta program latihan di dalam dan luar padang juga diberi nafas baru," katanya.

Beliau berkata pendekatan yang diambil jurulatih adalah menggabungkan aspek sains dan sukan.

"Kesedaran pemain mengenai sains sukan amat penting dan ia membantu merekauntuk meningkatkan prestasi ke tahap yang maksima," kata Zairil.

Persediaan Westwood untuk musim 2017 dilihat lebih menumpukan kepadapembangunan pemain muda yang diberi kepercayaan untuk bersama skuad Harimau Kumbang itu. 

Mereka adalah Muhd Jafri Firdaus Chew, Syamer Kutty Abba, Redzuan Suhaidi, Abdul Qayyum, Faizat Ghazali, Kumaahran Sathasivam, dan Zulkhairi Zulkifli. 

Ia memberi bayangan awal bahawa kesebelasan utama pasukan itu nanti bakal dibarisi pemain muda dan tidak tertumpu dengan kehadiran pemain berstatus bintang.

Zairil turut mengakui peruntukan untuk Pulau Pinang musim depan tidak sebesar beberapa pasukan lain yang dilihat berbelanja besar.

"Kami tidak memberi jaminan untuk menang setiap perlawanan, tetapi apa yang boleh saya pastikan ialah mutu permainan yang menarik dan pengurusan pasukan yang baik," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga Malaysia 2017 , Pulau Pinang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan