Anthony Martial Mahu Sertai Sevilla - Bola Sepak | mStar

Anthony Martial Mahu Sertai Sevilla

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Manchester United, Anthony Martial berkira-kira untuk menyertai Sevilla menerusi pinjaman walaupun berkemungkinan tidak dilepaskan kelabnya.

Sevilla telah membuat permintaan bagi mendapatkan pemain Perancis berkenaan untuk baki musim ini selepas Martial dikatakan kecewa dengan peluangnya untuk beraksi di United.

Bagaimanapun, Jose Mourinho didakwa telah memberitahu pemain berusia 21 tahun itu supaya berusaha lebih keras untuk mendapat tempat.

Daily Mail melaporkan, wakil Martial telah membuat kenyataan bahawa Sevilla sebuah kelab yang baik dan berada di landasan terbaik termasuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Martial menyertai United dari Monaco dengan yuran perpindahan bernilai £36 juta pada tahun lalu.

Selain itu, pemain tersebut turut dikatakan kecewa apabila Mourinho bertindak menyerahkan jersi nombor sembilan kepada Zlatan Ibrahimovic pada awal musim ini.

Selain Sevilla, West Ham antara kelab yang membuat permintaan untuk mendapatkan Martial menerusi pinjaman.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Sevilla , Anthony Martial
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan