Penyokong Bantah Hasrat Singa Utara Tarik Diri Liga M

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Hasrat Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menarik diri dari Liga Malaysia 2017 kerana kekangan kewangan ditentang oleh penyokong tegar 'Singa Utara' yang berjanji membantu persatuan itu.

Pergerakan Pemuda UMNO Perlis, Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) dan Gerakan Belia 4B Perlis menyatakan komitmen untuk berganding bahu bagi mengisi dana yang diperlukan PFA.

Dalam sidang akhbar bersama hari ini, ketiga-tiga badan itu juga mahu PFA membatalkan hasrat menarik diri atas alasan bola sepak merupakan sukan nombor satu negara dan banyak mengharumkan nama Perlis dalam bidang sukan tanah air.

Di samping syarikat bas, Mara Liner melalui myBAS yang sanggup menyediakan pengangkutan percuma untuk pasukan Perlis buat kali pertama, beberapa syarikat ingin menaja jersi pasukan.

Baru-baru ini Presiden PFA Datuk Rozabil Abdul Rahman didakwa menyatakan tidak sanggup lagi menampung kos pengurusan kerana telah membelanjakan wang sendiri lebih RM10 juta selama tiga tahun menguruskan pasukan itu serta bersedia melepaskan jawatan jika Perlis tidak mendapat tajaan.

Dalam usaha untuk menyelamat itu, Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata pergerakan itu akan menanggung kos termasuk gaji seorang pemain anak jati Perlis untuk musim 2017.

Katanya sumbangan Rozabil yang sanggup menghabiskan puluhan juta ringgit untuk pasukan Perlis adalah contoh terbaik, harus dihargai dan wajar beliau dikekalkan sebagai Presiden PFA. 

"Pemuda UMNO amat dukacita dengan komen-komen negatif di media sosial dan berharap para penyokong Singa Utara bersikap matang dan berfikiran terbuka.

Adakah mereka (pengkomen) dapat menjadikan Perlis lebih baik jika diberi peluang menguruskan pasukan?" kata Syef Atif.

Yang Dipertua MBNPs, Noor Hairi Noor Mohammed berkata badan itu bersetuju menyumbang RM10,000 sekiranya PFA terus menyertai Liga Premier 2017 dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya lima belia anak jati Perlis.

Katanya MBNPs telah berbincang dengan 13 badan gabungannya untuk menggerakkan Tabung Singa Utara bagi mengumpul sumbangan golongan belia di Perlis bagi membantu PFA.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Perlis, Ku Hasnol Farid Ku Abdul Rahman pula berkata pihaknya menyokong usaha MBNPs dan Pemuda UMNO Perlis dan akan membantu kempen kutipan termasuk mencari dana tambahan.

Beliau yang pernah bermain untuk beberapa negeri pada awal tahun 1990-an hingga 2005 berkata golongan belia di Perlis akan merasa amat kecewa jika PFA menarik diri dari bertanding dalam Liga Premier 2017.

Setiausaha Agong PFA Datuk Sulaiman Shafie berkata Perlis masih boleh bersaing dalam Liga Malaysia tetapi tanpa pemain import yang dapat mengurangkan beban kewangannya.

"Cara ini membolehkan kita membentuk bakat-bakat muda dan tidak perlu bayar gaji terlalu tinggi. Pada musim-musim lepas gaji pemain tempatan paling tinggi RM6,000 tetapi bagi pemain import, US$10,000 masih rendah dan itupun hanya untuk pemain yang tidak cukup baik.

Kalah setiap perlawanan tidak mengapa," katanya sambil menambah PFA juga berusaha mendapatkan khidmat jurulatih dari kalangan bekas pemain negeri untuk melatih pasukan.

Menurut Sulaiman, Perlis memerlukan lebih RM10 juta untuk terus kekal dalam liga termasuk pengambilan pemain import bagi musim baru yang bermula Februari depan.

Beliau turut memaklumkan perbincangan dengan pengurusan Stadium Tuanku Syed Putra atas arahan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mengenai bayaran penggunaan padang untuk menjalani latihan menunjukkan perkembangan positif.

PFA meminta kerajaan negeri mengecualikan bayaran berkenaan kerana ia tidak cukup dana namun menurut Azlan kos penggunaan iaitu elektrik, air dan pembaikkan antara RM2,500 hingga RM3,000 bagi satu sesi latihan masih banyak tertunggak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PFA , Singa Utara , MBNPs

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan