Liverpool Perlukan Tuah Untuk Akhiri Malang 27 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 9:19 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL memerlukan tuah jika ingin mengakhiri malangnya sejak 27 tahun lalu dan kembali menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, kata Pengurusnya, Jurgen Klopp.

Liverpool gagal mengakhiri liga di kedudukan teratas sejak 1990.

Berikutan itu, ramai penyokong berharap tahun ini kelab mereka akan menjuarai liga tersebut.

Klopp memberitahu, selain bermain dengan baik sehingga memukau dan menyakinkan penyokong, Liverpool juga mengharapkan sesuatu yang lain iaitu tuah.

"Kami bermain dengan baik sejak awal musim sehingga kini.

"Tetapi untuk menjadi juara kamu perlu bermain dengan sangat bagus dan ditambahkan dengan tuah dan situasi yang baik. Tiada kecederaan, perlawanan yang sedikit dan kualiti pada setiap pemain juga penting.

"Kadang-kadang setelah bermain dengan baik dan mengumpul mata, pemain penting pula cedera akibat jadual padat, sebab itulah tuah diperlukan untuk menjadi juara," ujar bekas pengurus Borussia Dortmund itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan