Lampard Minat Kembali Sarung Jersi Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 9:09 AM

Frank Lampard ketika bersama Chelsea pada 2013.

(Ubah saiz teks)

FRANK Lampard berkata dia berminat untuk kembali ke Chelsea sebagai pemain, walaupun bekas pemain tengah England itu tidak ditawarkan kontrak.

Penjaring terbanyak terkemuka sepanjang zaman The Blues itu sedang mempertimbangkan pilihannya selepas kontraknya tamat dengan kelab MLS, New York City.

Bercakap bersama kapten Chelsea, John Terry dalam laman Soccer AM, Lampard berkata: "Saya dan John adalah Chelsea walau apa jua yang berlaku...dalam beberapa kapasiti saya akan berada bersama Chelsea.

"Sama ada dengan tiket saya musim ini atau menonton mereka... saya tidak tahu lagi. Saya akan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Sama ada saya bakal berperanan (sebagai seorang pemain), ia bukan di tangan saya, jadi saya tidak boleh pergi lebih jauh pada itu.

"Saya sangat tenang mengenainya, ia merupakan tempat yang menarik. Jika datang perkara yang betul, saya akan mengambilnya. Jelas sekali Chelsea, saya sukakannya tetapi ia tidak selalunya berfungsi sebegitu."

Lampard yang menjaringkan 211 gol untuk Chelsea sepanjang 13 tahun bersama pasukan itu meninggalkan London pada musim panas 2014 dan menyertai Liga Perdana Inggeris bersama Manchester City.

Pemain berusia 38 tahun itu menghabiskan masa selama dua musim di New York sebelum menjadi ejen bebas pada bulan lepas.

Tags / Kata Kunci: Frank Lampard , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan