Penyokong Red Giants Serah Memorandum, Minta Perhatian Sultan Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 3:21 PM

Presiden Gabungan Fan Club Selangor Mohd Faizal Wahid (dua,kanan) menyerahkan memorandum kepada Pengawal Istana, Laskar Kanan Khairul Redzuan Saamaton (kanan) untuk memohon Istana Selangor menggesa rombakan exco Persatuan Bola Sepak Selangor, di Istana Bukit Kayangan pada 24 Disember 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyokong skuad Red Giants menghantar memorandum memohon perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kemelut yang melanda pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Memorandum dua muka surat itu diserahkan Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor, Mohd Faizal Wahid kepada pihak istana di Istana Bukit Kayangan, di sini yang diterima pengawal istana, Laskar Kanan Khairul Redzuan Saamaton kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

Menurut Mohd Faizal, antara kandungan memorandum itu adalah bagi memohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menitahkan Presiden FAS yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan rombakan segera ke atas pengurusan persatuan tersebut.

Ini kerana katanya, hanya dengan titah sultan mampu mengelakkan rombakan pengurusan FAS dicemari unsur politik pihak tertentu yang hanya menyebabkan ia terus dibelenggu kemelut berpanjangan.

Penyokong Red Giants, Muhd Ali Zakaria berkata sejarah kegemilangan 33 kali sebagai juara Piala Malaysia tidak sepatutnya dibiarkan lapuk akibat kemelut berkenaan sedangkan rakyat negeri itu mahu terus melihat kecemerlangan pasukan tersebut. 

"Kami (penyokong Red Giants) dari Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Tanjung Karang, sanggup korbankan masa, tenaga dan duit untuk datang ke stadium menyokong tapi kami amat kecewa kerana kerajaan negeri masih tak ambil tindakan selesaikan kemelut pengurusan FAS. 

"Ramai anak jati Selangor mentadbir syarikat korporat ternama, kalau FAS ada masalah kewangan, kenapa tidak minta penajaan daripada mereka? Jangan asyik kata FAS tiada duit menyebabkan Red Giants terpaksa tarik diri," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Muhd Ali lagi, sekiranya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan untuk menerajui FAS, seluruh penyokong Red Giants amat berbesar hati menerimanya demi kegemilangan pasukan itu pada masa depan.

Pada Jumaat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menerusi akaun laman sosialnya menyarankan rombakan drastik dilakukan FAS berikutan perkembangan terkini dilihat begitu membimbangkan.

Beliau turut menggesa FAS mengorak strategi bukan sahaja untuk pasukan utama tetapi juga menekankan pembangunan bola sepak dengan lebih menyeluruh mencakupi peringkat akar umbi.

Menurut Tengku Amir Shah, strategi FAS juga perlu merangkumi langkah meningkatkan mutu infrastruktur di serata negeri dan melaksanakan aspek pemasaran sukan yang komprehensif bagi memperoleh pendapatan yang mapan.

FAS sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah dana yang menyukarkan pasukan itu menghadapi Liga Super akan datang berikutan Azmin dikatakan belum mengumumkan sebarang peruntukan kepada Red Giants. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Selangor , Red Giants

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan