Liga-M 2017: JDT Ikat Empat Pemain Import Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 9:16 PM

Mario Gomez

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saingan Liga Malaysia 2017 bakal menyaksikan penampilan beberapa pemain import baharu dalam pasukan Johor Darul Tak'zim (JDT).

Juara Liga Super tiga kali berturut-turut itu (2014,2015,2016) telah mengikat seorang pemain muda berusia 24 tahun dari Argentina, Brian Ferreira yang beraksi bersama kelab Indipendiente sebelum ini.

Ketua jurulatih dan pengurus kelab Mario Gomez berkata, JDT telah melepaskan beberapa pemain senior dan menandatangani pemain muda yang berpotensi untuk memperbaiki dan menambahkan semangat baharu serta persaingan sihat dalam pasukan.

"Kami menandatangani pemain muda Brian Ferreira yang  pernah bermain untuk skuad Bawah-21 Argentina.

"FC Porto dan Manchester pernah mengintai pemain ini, tetapi dia lebih selesa tinggal di Argentina. 

"Walaubagaimanapun, kami telah membuat tawaran dan berbincang secara mendalam tentang matlamat dan projek kelab. 

"Sebagai balasan, dia telah membuat keputusan untuk menyertai JDT selepas mendengar apa yang cuba dibina oleh kelab ini. 

"Satu lagi sebab mengapa dia cenderung untuk menyertai JDT adalah kerana mengetahui tentang Legenda Terbaik Argentina pernah bermain di sini seperti Luciano Fegueroa dan Pablo Aimar," jelasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab pada Sabtu.

Selain Ferreira, seorang lagi pemain import yang berjaya memikat hati JDT adalah Gonzalo Cabrerra,27, yang kini bermain di kelab Arab Saudi.

"Cabrerra adalah pemain yang berkualiti dan berpengalaman di mana ianya amat penting untuk pasukan ini.

"Kami juga turut menandatangani Gabi Guerra dari Boca Juniours. 

"Gabi bukanlah nama asing bagi bola sepak Malaysia kerana dia pernah bermain untuk PKNS sebelum ini. Dia akan berada dalam skuad JDT II dan kami akan memantau prestasinya.

"Manakala seorang lagi pemain import masih dalam perancangan dan akan memaklumkan apabila semua proses telah disahihkan," tambah pengurus berusia 59 tahun itu.

Tags / Kata Kunci: JDT , Mario Gomez , Pemain Import

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan