Jurulatih, Pemain Baharu Perkuat Skuad 'Sang Badak'

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Sabah bakal menampilkan beberapa muka baharu menjelang saingan Liga Malaysia musim 2017.

Pasukan yang digelar 'Sang Badak' itu bukan sahaja disertai dengan lima pemain baharu, tetapi kehadiran jurulatih dari Perancis Steve Vilmiaire diharap dapat merealisasikan impian mereka untuk layak beraksi di Liga Super 2018.

Bekas pengendali program pembangunan kelab Liga Singapura, Home United FC berusia 31 tahun itu dilantik menduduki kerusi panas Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) itu setelah beberapa kali bertukar jurulatih sebelum ini.

Menurut penolong pengurus Safa, Datuk Hassan Sani mengakui beliau amat berpuas hati dengan sesi persiapan pasukan yang mula menjalani latihan sejak 14 November lalu.

"Setakat ini tidak ada apa-apa masalah yang timbul. Beberapa pemain baharu turut menunjukkan latihan yang baik bersama jurulatih Vilmiaire.

"Kami kini berlatih di Padang Universiti Malaysia Sabah (UMS) memandangkan Stadium Larkin ditutup untuk kerja-kerja pemulihan.

"Saya berharap pasukan Sabah akan lebih baik pada musim hadapan dalam usaha untuk mara ke saingan Liga Super 2018, serta layak ke aksi Piala Malaysia," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hassan,58, yang merupakan bekas pemain bola sepak legenda negara bersama seorang lagi rakan sepasukannya Datuk James Wong dilantik sebagai penolong pengurus skuad Sabah sejak Disember 2015.

Selain menumpukan aksi  Liga Perdana 2017, Sabah bakal memulakan percaturan musim baharu dengan saingan Piala FA bermula Februari depan.

Sabah bakal memulakan perlawanan pusingan kedua Piala FA bertemu UKM FC yang mendapat 'bye' pada undian pusingan pertama sebelum ini.

"Saya berpuas hati dengan undian pusingan kedua Piala FA. Kami akan cuba memberi persembahan terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Kami harap dalam tempoh yang ada sekarang ini, pemain-pemain Sabah dapat membuat persiapan terbaik," tambahnya lagi.

Selain itu, skuad Sang Badak bakal diperkuatkan dengan penyerang baharu kelahiran Perancis, Jonathan Behe (Warrior FC, Singapura), pemain tengah dari Jepun yang beraksi dengan kelab Albirex Niigata Singapore FC Masaya Jitozono, pemain pertahanan Sumardi Hajalan (Perlis FA), Sabri Sahar (Negeri Sembilan) serta seorang pemain dari skuad remaja Sabah, Saliun Mastar.

Sebagai rekod, saingan musim 2016 menyaksikan Sabah menamatkan saingan keseluruhan Liga Perdana di tangga kesembilan.

Kali terakhir Sabar bersaing dalam aksi Liga Super pada tahun 2012 dengan menduduki tempat ke-13.

Tags / Kata Kunci: Hassan Sani , Sabah , James Wong

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan