Muller Diminta Tingkat Prestasi

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 7:30 AM

Thomas Muller

(Ubah saiz teks)

THOMAS Muller diminta oleh Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge supaya meningkatkan tahap persembahannya  ekoran prestasi kurang memuaskan pada separuh pertama musim ini.

Setakat ini Muller hanya menyumbangkan satu gol dalam 13 penampilan dengan Bundesliga dan hanya dicadangkan untuk berada di bangku simpanan selama 90 minit dalam perlawanan menentang RB Leipzig baru-baru ini di mana Bayern menang 3-0.


Pemain antarabangsa Jerman ini nampak kecewa di tepi padang namun Rummenigge berharap dia akan terus bersemangat.


“Anda memerlukan 16, 17 atau 18 pemain pada masa ini. Kami memiliki ramai pemain yang mempunyai kualiti tertinggi,” kata Rummenigge, memetik AZ.

"Maksudnya, mulai sekarang dan seterusnya, dua atau tiga pemain tidak akan berada dalam pasukan dan mungkin berasa tidak puas hati.


"Ia sepatutnya menjadi motivasi buat pemain dengan harapan mereka dapat melakukan yang lebih baik pada tahun 2017. Itulah yang terjadi dengan Muller."

Muller, 27, menikmati masa terbaiknya bersama Bayern pada musim lalu dengan 32 gol dalam 49 penampilan, termasuk 20 kali dalam Bundesliga.

Tags / Kata Kunci: Rummenigge , Thomas Muller , liga Jerman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan