ABK2016: Ahmad Hazwan Dinobatkan Pemain Paling Bernilai 2016

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 11:05 PM

Ahmad Hazwan (kanan) menerima Anugerah Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016.

Ahmad Hazwan yang bakal menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia 2017, turut terpilih sebagai Penyerang Terbaik ABK selepas mencatat 25 penampilan dengan meledak tujuh gol ketika bersama Selangor tahun ini.

Malah bekas pemain Harimau Muda A itu turut membantu pasukan Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga kelima keseluruhan.

Pemain kebangsaan berusia 25 tahun pernah mencatat rekod tersendiri apabila menjadi pemain termuda melakukan hatrik ketika bersama pasukan Kuala Lumpur (2009-2012).



Selain itu, anugerah Pemain Tengah Terbaik dimiliki pemain JDT, Safiq Rahim, manakala Pertahanan Terbaik dinobatkan kepada pemain Kedah, Rizal Ghazali.

Pasukan Kedah meraih anugerah berganda apabila pengendalinya, Tan Cheng Hoe dipilih sebagai Jurulatih Terbaik ABK 2016.

Cheng Hoe berjaya membawa skuad Helang Merah muncul juara Piala Malaysia menerusi penentuan penalti ketika saingan akhir bertemu Selangor baru-baru ini.

Selain itu, anugerah Penghargaan Khas turut diberikan kepada pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang tersenarai sebagai calon akhir Anugerah Puskas Fifa 2016.

Dalam pada itu, ABK 2016 menyaksikan pasukan JDT mendominasi kemenangan selepas menerima enam daripada 25 kategori anugerah keseluruhannya.


SENARAI PENUH PEMENANG:

Pemain Paling Bernilai – Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Penyerang Terbaik – Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

Pemain Tengah Terbaik – Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim)

Pertahanan Terbaik – Rizal Ghazali (Kedah)

Penjaga Gol Terbaik – Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Jurulatih Terbaik – Tan Cheng Hoe (Kedah)

Pemain Import Terbaik – Jorge Pereyra Diaz (Johor Darul Ta’zim)

Pemain Muda Harapan – Safawi Rasid (T-Team)

Anugerah Fair Play – Negeri Sembilan

Pemain Wanita Terbaik – Dandree Rofinus (MISC-MIFA)

Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) - Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak)

Penjaring Terbanyak Import (Liga Super) – Jorge Pereyra Diaz (Johor Darul Ta’zim)

Penjaring Terbanyak Tempatan (100PLUS Liga Premier) – Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

Penjaring Terbanyak Import (100PLUS Liga Premier) - Ilija Spasojević (Melaka)

Pasukan Bolasepak Terbaik – Johor Darul Ta’zim

Penyokong Terbaik - Melaka

Media Sosial Terbaik – Johor Southern Tigers

Laman Web Terbaik – Johor Southern Tigers

Anugerah Komuniti – Subadron Aziz Football Academy dan Kindness Malaysia

Anugerah Khas Piala Presiden - Kelantan

Anugerah Khas Piala Belia – Sekolah Sukan Bukit Jalil SSBJ Bawah 17

Anugerah Khas Selamat Datang – MISC MIFA

Anugerah Khas Selamat Datang – PKNP FC

Penghargaan Khas – Mohd Faiz Subri (FIFA Puskas Award)

Penghormatan Khas - Mendiang Ah Wa

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan