Pemain Kelab Bola Sepak Jerman Cedera Dalam Kejadian Tembak

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 8:10 AM

Marc Wachs

(Ubah saiz teks)

SEORANG pemain bola sepak yang bermain untuk kelab divisyen dua Jerman, Dynamo Dresden cedera dalam kejadian tembak yang mengorbankan seorang anggota keluarga dan mencederakan seorang yang lain, kata kelab itu dalam satu kenyataan, Rabu.

Marc Wachs, 21, mengalami cedera parah dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan berikutan kejadian itu yang berlaku di sebuah kedai di bandar Wiesbaden.

Bagaimanapun, keadaannya tidak mengancam nyawa, menurut kenyataan kelab.

Polis Wiesbaden, tanpa menamakan mangsa, berkata seorang wanita berusia 59 tahun telah terbunuh dalam insiden pada Selasa di sebuah kedai tempat dia bekerja, manakala suami serta anak saudaranya berusia 21 tahun cedera.

Polis berkata, mereka sedang mencari seorang suspek lelaki. Media Jerman mendakwa kejadian itu adalah kes rompakan.

"Kami amat terkejut, bingung dan terjejas. Seluruh keluarga Dynamo berada di belakang Marc dan keluarganya," kata Pengarah Sukan Dresden, Ralf Minge dalam satu kenyataan kelab.

"Kami akan berada di mana sahaja bantuan dan sokongan kami diperlukan. Marc, keluarganya, dan proses pemulihan dari segi fizikal dan mental, kini menjadi keutamaan dalam segala-galanya."

Wachs, dibesarkan di Mainz 05 dan bermain untuk pasukan simpanan dalam dua musim lalu.

Dia menyertai Dresden secara perpindahan percuma tahun ini dan telah berada di bangku simpanan dalam beberapa permainan, tetapi masih belum membuat penampilan pertama sebagai pemain profesional.

Tags / Kata Kunci: Dynamo Dresden , Marc Wachs , kejadian tembak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan