Inter Milan Tundukkan Lazio 3-0

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 8:25 AM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

INTER Milan berjaya menewaskan Lazio 3-0 dalam perlawanan terakhir Serie A mereka pada 2016, sebelum bercuti Hari Natal.

Penyerang Argentina, Mauro Icardi, menjadi pemain Inter paling menonjol dalam perlawanan ini dengan dua jaringan pada babak kedua yang berlangsung di Stadium Giuseppe Meazza, awal pagi Khamis.

Penyerang Argentina, Ever Banega, turut meledakkan satu gol untuk Inter.

Kemenangan ini memastikan pasukan Stefano Pioli berada di kedudukan ketujuh carta liga dengan 30 mata, tertinggal empat mata dari Lazio di posisi keempat.

Dalam perlawanan ini Inter memerlukan waktu sehingga minit ke-54 untuk membolosi gawang lawan, menerusi tendangan Banega.


Dua minit kemudian, tandukan Icardi dari umpan Danilo D'Ambrosio yang dilepaskan dari sayap kiri tidak mampu ditahan bek Lazio, menambah keunggulan Inter Milan dengan jaringan 2-0. 

Pada minit ke-65 Icardi sekali lagi menggegarkan gawang lawan, menjadikan kedudukan 3-0.

Inter nyaris menambah gol jika tendangan Icardi pada minit ke-81 tidak terkena tiang gawang Lazio.
Tags / Kata Kunci: Serie A , Mauro Icardi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan