Kim Seong Hyun Bukan Pilihan Kedah?

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN dari Korea Selatan, Kim Seong Hyun yang sedang mencuba nasibnya bersama pasukan Kedah gagal memikat hati Ketua Jurulatih skuad Helang Merah, Tan Cheng Hoe selepas beraksi dalam dua perlawanan ujian.

Seong Hyun yang berusia 23 tahun berada di Alor Setar sejak 10 hari lalu untuk menjalani latihan bersama dan membuktikan kemapuan dirinya sebagai pemain pertahanan tengah.

Menurut Cheng Hoe, aksi pemain tersebut tidak menepati ciri-ciri yang diperlukan Kedah untuk mengetuai barisan pertahanan dan faktor usia muda juga mempengaruhi pengalamannya.

"Saya perlu bawa pemain pertahanan baru untuk sesi ujian seterusnya. Kita akan mencari pemain terbaik untuk menggantikan Bang Seung Hwan yang telah mencurah baktinya sebaik mungkin sehingga berusia 35 tahun.

"Bukan setakat pemain pertahanan tetapi seorang penyerang juga bakal tiba di Alor Setar awal Januari ini untuk sesi ujian dan persediaan menghadapi musim 2017.

"Peminat setia Kedah perlu bersabar kerana saya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan dua kuota pemain import ini diisi dengan pemain berkaliber. pengalaman kita mengenai pemain import sebelum ini telah memberi banyak pengajaran dan kita belajar dari situ," katanya kepada mStar Online.

Pada perlawanan ujian pertama ketika bertemu PKNP Kedah berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 walaupun ramai daripada pemain yang beraksi adalah pemain simpanan dan juga beberapa muka baru serta pemain muda.

Pada perlawanan kedua ketika bertemu Perlis pula, Kedah mencatatkan kemenangan keduanya dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Amirul Hisyam Awang Kechik dan Ahmad Fakri Saarani walaupun pasukan lawan yang dibimbing oleh Razip Ismail berjaya mendahului.

Pada babak kedua, kehadiran beberapa tonggak utama yang berjaya memastikan Kedah menjuarai Piala Malaysia seperti Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Khairul Helmi Johari, Liridon Krasniqo dan Sandro Da Silva Mandoca berjaya memastikan kemenangan milik Kedah.

Ketika ditanya mengenai identiti penyerang import yang akan tiba di Alor Setar, Cheng Hoe meminta semua penyokong skuad hijau kuning untuk bersabar ssehingga pemain-pemain berkenaan tiba.

Khabar angin sebelum ini mendakwa Kedah bakal mendapatkan khidmat berasal dari Solrad Strand, Demark iaitu Ken Llso Larsen, 30.

Larsen kini sedang beraksi di Singapura bersama Kelab Home United.


Pemain berkenaan dijangka diuji dalam perlawanan persahabatan pada 8 Januari ketika Kedah berdepan Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: Kedah , Hijau Kuning , Helang Merah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan