Barca Pesta Gol Tanpa Trio MSN, Turan Cipta Hatrik

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 7:31 AM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

BARCELONA membelasah Hercules 7-0 dalam saingan Copa Del Rey yang berlangsung di Camp Nou, awal pagi Khamis.

Keputusan ini membuatkan pasukan ini berjaya menempatkan diri di kelompok 16 pasukan terakhir yang akan beraksi di Copa del Rey dengan agregat 8-1.

Walaupun tidak menurunkan trio MSN (Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar), Barcelona tetap membuktikan bahawa mereka mampu menguasai permainan berbanding Hercules.

Gol pertama Barcelona hadir menerusi sepakan kaki kiri Lucas Digne pada minit ke-37.

Sebelum menamatkan babak pertama, Barcelona sempat menambah kutipan gol, menjadikan keputusan 2-0 melalui tendakan penalti Ivan Rakitic.

Rafinha turut terlibat dalam pesta gol Barcelona pada minit ke-50 menerusi tendangan deras kaki kirinya ketika menerima bola di luar kotak penalti. Tendangan itu tidak mampu ditepis penjaga gawang Ivan Buigues.

Selang lima minit, giliran Arda Turan pula menggetarkan gawang Hercules. Turan menghasilkan jaringan hasil umpan Aleix Vidal dari sisi kiri pertahanan Hercules, menjadikan kedudukan 4-0.

Penyerang Barcelona, Paco Alcacer turut tidak mahu ketinggalan dalam pesta gol ini apabila membantu pasukannya unggul dengan kedudukan 5-0.

Pada lima minit terakhir perlawanan, Arda Turan memastikan dirinya mencetak hatrik dengan menyumbangkan dua lagi gol pada minit ke-86 dan 89.

Kemenangan meyakinkan ini membuat Barcelona mengakhiri perlawanan dengan agregat 8-1 selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama.

Seterusnya, Barcelona akan berdepan Osasuna yang menyingkirkan Granada dengan agregat 2-1.

Tags / Kata Kunci: Copa del Rey , trio MSN , Arda Turan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan