Kaji, Cari Jalan Atasi Krisis Kewangan - PM

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Krisis kewangan yang membelenggu beberapa pasukan bola sepak dalam negara termasuk Kelantan sehingga memaksa mereka untuk menarik diri daripada saingan Liga Malaysia pada tahun hadapan mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib menerusi kenyataan di laman Twitter miliknya pada Selasa meluahkan kebimbangan mengenai situasi tersebut dan mahu persatuan yang terlibat mengkaji serta mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Bimbang dengar beberapa persatuan bola sepak negeri termasuk Kelantan akan tarik diri dari Liga M 2017. Kaji dan cari jalan atasi masalah ini," katanya.

Berkenaan kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Najib berkata beliau difahamkan masalah itu timbul berikutan peletakan jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai presidennya.

Justeru, kata Najib, beliau telah meminta Annuar supaya membantu Kafa agar tidak menghampakan harapan ribuan peminat The Red Warriors.

"Bola sepak adalah sukan rakyat nombor 1 dalam negara, maka penting untuk semua yang terlibat dengan bola sepak negara memastikan sukan ini terus berkembang maju.

"Kita tidak boleh menghampakan berjuta peminat bola sepak negara ini terutamanya generasi muda.

"Insya-allah, dengan adanya persepakatan yang baik serta keikhlasan semua pihak, kita akan dapat mencari jalan keluar dari masalah ini," katanya.

Pada 16 Disember lalu, Kafa memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk pengurusan skuad The Red Warriors dalam menghadapi saingan Liga M musim 2017.

Namun hala tuju sebenar skuad pantai timur itu akan diketahui pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 29 Disember ini.

Mesyuarat khas Exco Kafa, pada 15 Disember lalu, mendedahkan dana persatuan itu hanya terkumpul RM800,000 daripada sumbangan penaja kecil dan mereka perlu bekerja keras mencari dana sebelum sepak mula Liga-M, akhir Januari depan.

Terbaharu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang turut berdepan masalah kewangan mungkin terpaksa mengikut jejak langkah Kelantan sekiranya dana minimum yang cuba diraih dalam tempoh singkat ini gagal dipenuhi.

Namun, FAS hanya akan menentukan keputusan sama ada untuk meneruskan atau kemungkinan menarik diri pada pertengahan Januari atau akhir Januari.

Selangor yang sebelum ini disokong dana sekitar RM22 juta tahun ini terpaksa mengurangkan kos pengurusan pasukan kepada RM15 juta dan menggunakan sumber yang ada bagi melengkapkan skuad Liga Super musim depan.

Tags / Kata Kunci: Liga Malaysia 2017 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan