Gaji Pemain Liga M Perlu Realistik - KJ

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2016 1:59 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gaji pemain bola sepak Liga Malaysia perlu realistik bagi mengurangkan bebanan persatuan bola sepak negeri atau kelab yang bertanding.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan persatuan dan kelab bola sepak perlu beroperasi mengikut kemampuan kewangan masing-masing atau mencari penaja luar untuk membantu meringankan bebanan tanggungan pasukan.

"Tidak perlulah khidmat pemain yang boleh dikatakan bergaji besar atau pemain import bergaji besar sebaliknya menggunakan pemain-pemain muda pelapis sedia ada untuk mengurangkan bajet," katanya kepada pemberita selepas memberikan amanat kepada Kontinjen Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN di Hotel Renaisance di sini.

Hotel berkenaan bakal menjadi penginapan rasmi kontinjen Malaysia semasa Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017.

Selepas Kelantan dan Perlis, terbaharu Selangor yang merupakan pasukan gergasi yang pernah menjuarai 33 kali Piala Malaysia dikatakan akan menarik diri daripada Liga-M berikutan kemelut kewangan yang melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Mengulas isu itu, Khairy berpendapat sesebuah negeri tidak perlu mempunyai dua pasukan sebaliknya pihak terbabit bekerjasama memperkasakan satu pasukan sahaja kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan.

"Sebenarnya dalam kes Selangor ini, ada jalan keluar iaitu tidak perlu penyertaan dua pasukan. PKNS adalah agensi kerajaan negeri dan sepatutnya mereka menaja pasukan negeri. 

"Oleh kerana tiada usaha untuk menggabungkan dua pasukan akhirnya, kemungkinan pasukan Selangor tidak akan beraksi dalam Liga-M. Kita kena buang ego," katanya.

Khairy berkata isu kewangan pasukan Liga-M sudah sampai ke tahap yang kritikal kerana kebanyakan pasukan bergantung dana daripada kerajaan negeri masing-masing.

Beliau mengakui menguruskan sesebuah pasukan pada masa ini memerlukan dana yang cukup besar khususnya dalam penswastaan liga.

"Berbeza ketika saya kendalikan pasukan My Team, bajet hanya RM3-RM4 juta sahaja bagi menguruskan pasukan, sekarang ini bajet tersebut tidak mampu membayar gaji pemain," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Liga M

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan