Pengurus MU Sokong TMJ Teraju FAM

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sokongan demi sokongan terus disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengambil-alih kedudukan nombor satu dalam Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sebaik-baik sahaja kerusi panas itu dikosongkan.

Sokongan itu bukan sahaja dinyatakan oleh golongan profesional dalam dunia bola sepak seperti bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali tetapi termasuk Ketua Menteri Melaka, Idris Haron yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

Malah TMJ juga mendapat sokongan daripada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal untuk melakukan perubahan dalam badan induk bola sepak itu.

Tidak dilupakan, kesemua 12 ahli gabungan FAM menyuarakan harapan yang sama terhadap TMJ agar menerajui pucuk kepimpinan persatuan bola sepak tersebut.

Terbaharu, pengurus Melaka United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyatakan sokongan terhadap pemilik JDT itu agar mengisi kekosongan jawatan Presiden FAM yang bakal ditinggalkan oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Saya berpendapat bahawa calon yang paling layak untuk menerajui FAM adalah TMJ, kerana berdasarkan rekodnya. Saya fikir tidak ada satu negeri pun di Malaysia ini yang dapat buat (perubahan) sebaik JDT.

“Ia akan jadi satu kerugian kerana TMJ telah membuktikan kebolehan dalam hal seperti ini," katanya pada sidang media Pusingan Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017, di sini pada Selasa.

Mengulas tentang tindakan TMJ menolak tawaran tersebut dan menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat sebagai ganti, Mohd Yusoff berkata, pihak pengurusan Melaka United tetap mengharapkan Tunku Ismail dapat memikul tangggugjawab tersebut.

Jelasnya, beliau juga menyokong sekiranya Aseh Che Mat menyandang jawatan tersebut demi melihat perubahan dalam persatuan berkenaan tetapi beliau percaya TMJ akan menang tanpa bertanding jika dicalonkan.

“Walaupun TMJ menolak jawatan tersebut, Melaka United masih lagi menyokong terhadap pelantikan itu, kerana itulah caranya.

"Kita berharap beliau akan berubah fikiran pada saat-saat akhir," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: TMJ , FAM , Tunku Ismail , Melaka United , MUSA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan