'Budak Ajaib' Celtic Jadi Rebutan England-Scotland

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 10:14 PM

Dembele menyarung jersi skuad remaja England ketika aksi bertemu Turki Isnin lalu.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN muda sensasi, Karamoko Dembele membuat penampilan pertama bersama England pada Isnin lalu biarpun turut bermain untuk skuad remaja Scotland.

Dembele dipanggil menyarung jersi Bawah 15 Tahun England pada aksi kemenangan 5-2 ke atas Turki.

Selain England, Dembele juga pernah bermain bagi skuad Bawah 16 Scotland bertemu Wales bulan lalu, malah dia juga layak mewakili Ivory Coast.

Pemain berusia 13 tahun yang digelar 'budak ajaib' itu beraksi untuk kelab Celtic mempunyai keistimewaan tersendiri apabila layak bermain untuk tiga negara berdasarkan biologi keluarganya.

Dembele yang dilahirkan di London dilihat lebih cenderung untuk beraksi dengan skuad Young Lions apabila penuh teruja berkongsi perasaan di Instagram miliknya selepas aksi bertemu Turki.

"Pengalaman baik di England, gembira apabila menang 5-3 menentang Turki dan turut membantu untuk satu gol, permainan yang bagus."

Selepas mewakili Scotland November lalu, Dembele dijemput oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) untuk menjalani latihan di St George Park.

Bagaimanapun situasi itu agak tidak menyenangkan Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak Scotland (SFA), Stewart Regan yang mengakui akan melakukan apa sahaja untuk menghalang pemain ini jatuh ke tangan pasukan lain.

Dembele beraksi bersama Scotland November lalu.


"Kami akan cuba sedaya upaya untuk membawanya ke sistem bola sepak Scotland.

"Jika anda mempunyai pemain berbakat yang layak bermain untuk beberapa negara, mereka akan sentiasa menarik perhatian persatuan lain.

"Kesudahannya, pilihan hanya di tangan pemain itu dan ibu bapa sendiri," katanya.

Selain itu, peraturan Fifa menjelaskan bahawa seseorang pemain layak beraksi dengan sesebuah negara apabila mendapat kerakyatan baharu dan tidak bermain bola di peringkat antarabangsa (perlawanan rasmi bagi kategori atau mana-mana permainan bola sepak untuk satu persatuan) dikira layak mewakili pasukan pilihan sekiranya dia memenuhi salah satu syarat-syarat berikut;

(a) Pemain dilahirkan wilayah yang berkaitan dengan Persatuan;

(b) Hubungan biologi ibu atau bapa yang lahir di wilayah berkaitan dengan Persatuan

(c)Nenek atau datuk yang lahir di wilayah berkaitan dengan Persatuan;

(d) Pemain  tinggal secara berterusan sekurang-kurangnya lima tahun selepas mencapai umur 18 tahun di wilayah yang ada kaitan dengan Persatuan. 
Tags / Kata Kunci: Karamoko Dembele , England , Scotland

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan