NGO Gesa KAFA Tidak Tarik Diri

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 10:14 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bola sepak, menggesa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) supaya tidak menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) yang dianggotai kira-kira 50 orang terdiri daripada beberapa NGO sukan itu, antaranya Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK), Kelab Pemain Legenda Kelantan 80-an dan Persatuan Bola Sepak Masyarakat Cina Kelantan (PBSMCK) berpendapat KAFA tidak wajar menarik diri daripada menyertai saingan tersebut.

Penyelarasnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata tidak pernah terjadi dalam sejarah bola sepak negeri itu, sebuah persatuan yang memayungi sukan berkenaan mengambil keputusan menarik diri daripada sesuatu liga kerana beberapa masalah yang timbul ketika ini.

"Walaupun keputusan untuk menyertai atau tidak menyertai Liga M hanya diputuskan pada kongres luar biasa KAFA pada 29 Dis ini, kami menggesa agar persatuan itu terus kekal bertanding dalam liga musim depan.

"Ini melibatkan maruah rakyat Kelantan kerana bola sepak salah satu daripada denyut nadi rakyat negeri ini, tambahan pula Sultan Kelantan Sultan Muhammad V baharu dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Hadir sama beberapa bekas pemain yang pernah berkhidmat dengan Kelantan termasuk Dali Omar, Salim Mahmud dan Mahadi Yusuf.

Pada sidang akhbar itu juga, BBBSK turut melancarkan tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan bagi meraih sumbangan yang akan diserahkan kepada KAFA untuk digunakan bagi membantu persatuan itu menampung kos diperlukan sepanjang bersaing dalam Liga M musim depan.

Akhbar sebelum ini melaporkan KAFA memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu bagi musim depan dan difahamkan kantung persatuan itu ketika ini hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.

Takiyuddin berkata BBBSK akan bertemu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju KAFA pada tahun depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KAFA , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan