PKNS FC Dapat Lampu Hijau Sertai Liga Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 17 Disember 2016 8:00 AM

Aksi pemain pasukan PKNS FC meraikan kejayaan pasukan mereka yang layak ke Liga Super 2017 selepas perlawanan Liga Premier, PKNS FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Perbandaran Selayang pada Oktober lalu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PKNS FC akhirnya menerima lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Perkara itu disahkan dalam satu sidang media selepas satu mesyuarat antara Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), FAM dan PKNS di Wisma FAM pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata jawatankuasa undang-undang FAM memutuskan PKNS sebenarnya tidak tertakluk kepada undang-undang pergabungan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) seperti diperkatakan sebelum ini.

"PKNS dibenarkan untuk beraksi pada musim depan berdasarkan keputusan jawatankuasa undang-undang FAM. Sebuah pasukan tidak dibenarkan untuk menyertai Liga M jika mereka dipecat oleh FAM atau tersingkir ke Liga Perdana atau Liga FAM.

"Perjanjian PKNS dengan FMLLP yang ditandatangani bersama pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam Liga M awal tahun ini, melindungi kedudukan dan pelaburan mereka," katanya.

PKNS yang dikenali dengan jolokan nama Semut Merah layak beraksi ke saingan Liga Super selepas menamatkan perlawanan Liga Perdana di tempat kedua musim lalu.

Namun penyertaan mereka masih tergantung selepas FAS enggan menyokong permohonan mereka untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Susulan itu, PKNS mengambil langkah drastik apabila bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) pada minggu lalu bagi membolehkan beraksi dalam Liga Malaysia 2017.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar yang menghadiri mesyuarat tersebut pada Jumaat berkata beliau menarik nafas lega apabila kemelut itu sudah berakhir.

"Episod ini akan menyuntik semangat pemain untuk aksi musim depan. Pemain kini boleh fokus kepada latihan mereka.

"Kami tiada masalah dengan FAS dan akan terus menjadi ahli gabungan mereka. Kami juga akan menjadi ahli gabungan PBMS dan saya tidak fikir ia akan menjadi masalah pada masa hadapan," katanya.

Saingan Liga Malaysia 2017 akan membuka tirainya pada 21 Januari depan.




Tags / Kata Kunci: PKNS FC , Liga Malaysia , FAM , FMLLP

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan