Puskas 2016: Faiz Subri 'Pasang' Dua Impian

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 3:55 PM

Mohd Faiz Subri

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selain menang, Mohd Faiz Subri menyimpan satu lagi hasrat ketika hadir pada Anugerah Puskas 2016 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang akan berlangsung di Zurich, Switzerland, 9 Januari ini.

Penyerang skuad Harimau Kumbang itu berkata, jika berkesempatan, beliau ingin sekali bergambar bersama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang dijangka hadir pada Majlis Anugerah Bola Sepak Fifa 2016 itu.

"Saya memang gembira kalau dapat jumpa pemain bola sepak antarabangsa, bukan senang-senang boleh jumpa mereka macam tu saja.

"Memang saya akan bergambar, kalau boleh dengan Cristiano Ronaldo," katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Mohd Faiz berkata demikian ketika ditanya mengenai perasaannya selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Khamis mengumumkan akan menaja tiket penerbangan kelas perniagaan kepada isteri, serta dua anaknya.

Selain Ronaldo, anugerah tahunan Fifa kali ini akan menyaksikan nama-nama besar dalam arena bola sepak dunia berhimpun seperti Lionel Messi, Antoine Griezmann, Zinedine Zidane, Fernando Santos dan Claudio Ranieri.

Sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada FAM di atas penajaan tiket untuk keluarganya, Mohd Faiz juga sempat menyatakan keterujaannya kerana belum pernah menjejakkan kaki ke 'negara sejuk'.

"Saya belum pernah ke Zurich, tempat sejuk yang saya pernah pergi sebelum ni adalah Cameron Highlands dan Australia," katanya dalam nada ceria.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata, walaupun tidak dapat menghabiskan masa lebih lama di sana, beliau amat bersyukur kerana ditemani ahli keluarga.

"Saya bukan pergi berjalan, masa pun singkat tiga hari saja, tapi OK lah sebab boleh juga merasa tempat orang," katanya yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Januari ini.

Mengenai persiapan lain, Mohd Faiz berkata Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kini juga dalam proses mendapatkan tajaan pakaian atau sut untuk beliau hadir ke majlis bertaraf dunia itu.

"Mungkin saya akan pakai kot, nampak lebih formal.

"Tentang penaja, saya pun tak pasti sebab ia masih belum rasmi, FAP yang uruskan dan kalau jadi (tajaan) mereka akan beritahu saya kemudian," katanya.

Ditanya tentang hasratnya untuk memakai baju Melayu pada majlis itu seperti yang pernah disuarakan sebelum ini, beliau sedang menunggu syarat dan kod etika pakaian yang dikeluarkan Fifa.

"Minggu depan baru nak buat baju. Sekarang saya tengah tunggu syarat Fifa tentang pakaian.

"Memang ada hasrat untuk pakai baju Melayu tapi semuanya terpulang kepada pihak di sana yang membuat keputusan," katanya.

Pada majlis itu, Mohd Faiz akan bersaing dengan Marlone, 24, pemain kelab Brazil, Corinthians dan pemain skuad wanita bawah 17 tahun (B-17) Venezuela, Daniuska Rodriguez, yang akan merebut Anugerah Puskas Fifa 2016.

Kejayaan itu membuktikan jaringan yang dihasilkan oleh Faiz amat berkualiti kerana beliau telah mengetepikan bintang terkemuka seperti Lionel Messi dan Neymar dalam pencalonan awal.

Tags / Kata Kunci: Mohd Faiz Subri , Fifa , Anugerah Puskas

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan