Perjuangan Terakhir Angela Kais Sebagai Pemain Negara

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 9:26 AM

Angela Kais

(Ubah saiz teks)

PENGLIBATAN golongan wanita dalam acara sukan bola sepak bukanlah bergantung kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semata-mata, sebaliknya ia bermula dari rumah.

Ironinya, jika ingin melihat acara yang lebih dipelopori golongan lelaki ini lebih maju, peranan ibu bapa, pihak sekolah rendah serta komuniti memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan sukan inj di kalangan golongan wanita.

Persepsi bola sepak adalah satu permainan 'kasar' atau tidak sesuai untuk golongan wanita perlu diperbetulkan memandangkan ia bukan acara individu dan tidak seperti sukan mempertahankan diri yang perlu mengalahkan lawan menerusi teknik sentuhan fizikal.

Pandangan tersebut turut dikongsi bersama salah seorang pemain paling senior dalam skuad wanita kebangsaan yang kini dibimbing jurulatih Mohd Asyraaf Fong Abdullah iaitu Angela Kais.

Angela yang berusia 36 tahun dan bermain di posisi penyerang masih lagi diharap untuk membantu skuad negara dalam persiapan menghadapi Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur, sekaligus bakal menjadi penampilan terakhirnya untuk pasukan Malaysia.

Biarpun hampir 16 tahun terlibat dalam acara ini, Angela tidak pernah bosan untuk terus berjuang dalam meningkatkan lagi mutu bola sepak wanita negara.

Bekas kapten hoki kebangsaan yang lebih dikenali dengan panggilan Angie mula aktif bermain bola sepak sejak menganggotai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2000 dan bermula di situ, dia mula serius bermain sehingga mewakili pasukan kebangsaan.

“Saya mula menyarung jersi Malaysia ketika beraksi di Sukan Sea di Korat, Thailand pada 2007. Pada tahun yang sama juga, saya turut menyertai Kejohanan Piala AFF yang menyaksikan skuad kebangsaan berjaya layak ke pusingan separuh akhir.

“Saya sememangnya suka dengan sukan bola sepak kerana ia memberi cabaran tersendiri bukan sahaja dari segi fizikal, malah mental juga perlu kuat,” jelasnya ketika ditemui mStar Online di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika sesi latihan pusat fasa pertama skuad negara.

Angie berkata, sukan bola sepak bukan hanya untuk golongan lelaki sahaja kerana aksi wanita telah lama berkembang di negara lain, cuma di Malaysia ia agak perlahan pembangunannya kerana penerimaan masyarakat tempatan yang lebih cenderung menganggap acara ini tidak sesuai untuk perempuan.

“Jika dulu amat sukar untuk melihat wanita bermain bola sepak, tetapi kini keadaan itu sudah berubah sedikit demi sedikit. Mungkin dalam tempoh tertentu nanti, kita boleh lihat acara ini boleh menjadi aktiviti tetap di peringkat sekolah.

“Bagi saya apa sahaja jenis sukan yang diceburi mempunyai kelebihan masing-masing. Acara bola sepak wanita mungkin dirasakan terpinggir kerana kurang pendedahan seperti mana yang dilakukan kepada pasukan lelaki.

“Pun begitu, saya rasakan ia boleh diatasi sekiranya ada program jangka masa panjang dilaksanakan di peringkat akar umbi,” ujar kapten kebangsaan ini.

Menurut anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik itu, walaupun sukan bola sepak wanita gagal memberi keputusan yang baik seperti pasukan lelaki, Angie tidak pernah kecewa, jauh sekali berputus asa untuk meninggalkan sukan ini walaupun pasukan kebangsaan pernah digantung daripada sebarang aksi kerana persembahan buruk pada Sukan SEA di Laos 2009.

Dalam pada itu, Angie mengakui aksi Sukan SEA tahun hadapan merupakan penampilan terakhirnya sebelum menggantung but.

Berikutan wanita kelahiran Sarawak itu merancang untuk membuktikan bahawa sukan bola sepak wanita juga penting seperti mana pasukan lelaki dan mahu menghadiahkan pingat untuk negara.

“Tahun depan mungkin tahun terakhir saya bermain bola sepak kerana selepas ini saya akan menumpukan perhatian dalam bidang kejurulatihan. Dan sebab itulah saya bertekad untuk melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama pasukan bola sepak Malaysia pada Sukan SEA 2017 nanti.

"Dua tahun lalu, pasukan negara hampir meraih pingat, tetapi tewas tipis pada pusingan suku akhir dan berada di kedudukan keempat.

"Sudah pasti saya mahu membantu pasukan Malaysia meraih pingat, lebih-lebih lagi kita bermain di tempat sendiri. Saya yakin kami boleh merealisasikan impian ini berdasarkan situasi semasa pasukan sekarang yang lebih konsisten.

"Saya yakin dengan adanya beberapa orang pemain muda setakat ini boleh menjadi 'back up' kepada pasukan negara di masa akan datang. Apa yang penting, mereka jangan mudah berputus asa ," jelasnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan