Budak Hidap Kanser Lakukan Penalti Sebelum Aksi Sunderland-Chelsea

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 9:02 AM

(Ubah saiz teks)

SUNDERLAND meneruskan misi mereka untuk membantu seorang pesakit kanser kanak-kanak.

Kisah Bradley Lowery mendapat perhatian umum apabila kanak-kanak berusia lima tahun itu sekali lagi mengetuai pasukan Sunderland menjelang pertembungan mereka dengan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris.


Pemain Sunderland, Jermain Defoe bersama Bradley Lowery sebelum perlawanan dimulakan.

Lowery bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh dan standing ovation, tetapi dia juga mengambil sepakan penalti terhadap Asmir Begovic semasa sesi memanaskan badan.

Beribu-ribu kad Krismas dari seluruh dunia telah pun dihantar kepada Lowery yang sedang berjuang melawan neuroblastoma untuk kali kedua.

Ibu bapanya menerima berita buruk bahawa tumornya telah berkembang.

Lowery juga sebelum ini membawa Sunderland ke padang ketika menentang Everton pada Oktober.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan