KLFA Diminta Pertimbang Benarkan DBKL Tanding Piala FAM

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 4:56 PM

Tengku Adnan bersama guru besar dan pengetua Sekolah Kebangsaan dari 14 sekolah sekitar Putrajaya di pejabatnya pada Rabu. Kanak kanak yang mendaftar tahun 1 untuk persekolahan akan menerima sumbangan berupa beg lengkap dengan alat tulis untuk memulakan persekolahan 2017. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) diminta membenarkan pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beraksi dalam saingan Piala FAM 2017.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku penaung KLFA berkata persatuan itu seharusnya membenarkan DBKL beraksi pada kejohanan itu memandangkan skuad tersebut sebelum ini telah berjaya mencungkil ramai bakat baru bagi diketengahkan.

Mengakui belum mengetahui punca sebenar skuad DBKL itu tidak dibenarkan beraksi, Tengku Adnan berkata beliau akan berbincang dengan KLFA mengenainya.

Mengenai dakwaan antara puncanya adalah DBKL bukan anggota gabungan KLFA dan tidak membayar yuran, Tengku Adnan berkata ia bukan masalah yang tidak boleh diselesaikan.

"Kalau dia bukan ahli gabungan terimalah ia sebagai ahli dan DBKL pun boleh membayar yuran itu. Tidak ada salahnya menerima mereka kerana sukan adalah antara kaedah merapatkan silaturahim antara masyarakat tidak kira kaum," katanya.

Tengku Adnan berkata demikian sebagai mengulas laporan KLFA tidak memberi kebenaran kepada DBKL beraksi dalam saingan Piala FAM 2017 ketika ditemui pada majlis penyerahan beg sekolah kepada murid tahun satu sesi 2017 di sekitar Putrajaya di sini Rabu.

Kali terakhir DBKL menjuarai Piala FAM ialah pada 1990. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KLFA , DBKL , Piala FAM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan