Tewas Kepada Everton, Arsenal Gagal Berada Di Puncak Liga

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 7:27 AM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ARSENAL gagal merampas kedudukan Chelsea di puncak Liga Perdana Inggeris setelah tumbang 1-2 di kandang Everton.

Dalam perlawanan di Goodison Park, awal pagi Rabu, Arsenal unggul terlebih dahulu menerusi jaringan Alexis Sanchez pada minit ke-20 sebelum disamakan Seamus Coleman pada minit ke-44.

Perlawanan bagaimanapun tidak berakhir seri apabila Ashley Williams berjaya memastikan kemenangan untuk Everton pada minit ke-88.

Kemenangan tuan rumah ini turut mengakhiri rekod tanpa kalah Arsenal dalam 14 pertandingan terakhir liga.

Arsenal kalah kali terakhir di tangan Liverpool.

Dengan keputusan ini, The Gunners kekal di posisi kedua carta liga dengan 34 mata, kurang tiga mata dari Chelsea.

Sementara itu, Everton naik ke posisi ketujuh dengan 23 mata sekali gus memecahkan kebuntuan tanpa kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: puncak liga , Arsenal , Everton

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan