Pahang Juarai Piala Emas Raja-Raja, Benam PDRM

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 11:43 PM

Pemain Pahang menjulang Piala Emas Raja-Raja selepas menumpaskan PDRM pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur malam Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2016 selepas membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-2 pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur, di sini malam Selasa.

Kemenangan itu sekaligus mengulangi kejayaan Pahang yang merangkul kejuaraan  tersebut pada edisi 2011 selepas menewaskan Melaka di pentas final.

Selaku juara, Pahang membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala PDRM menerima RM20,000.

Pada aksi malam ini, Pahang lebih banyak menguasai permainan dengan serangan bertali arus ke arah kubu PDRM dan hasilnya pada minit ke-16, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi kaptennya, Mohd Fauzi Roslan yang merembat kencang bola menewaskan penjaga gol lawan, Wan Ahmad Hababa Wan Sharifudin.

Selang dua minit, Mohd Fauzi sekali lagi meledakkan gol kedua Pahang selepas menerima hantaran Nabilah Khan Razali di hadapan pintu gawang lawan.

Biarpun ketinggalan, ia tidak mematahkan semangat pemain PDRM dan pada minit ke-43, mereka berjaya mengurangkan defisit melalui jaringan Muhamad Afzal Nazri selepas penjaga gol Pahang, Mohd Nur Kamarullah gagal menangkap kemas bola.

Bersambung babak kedua, Pahang memperoleh gol ketiga pada minit ke-55 apabila rembatan Muhammad Shahrul Nizam dari luar kotak penalti menerjah gawang pasukan lawan.

Fauzi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat PDRM apabila menjaringkan gol keempat tuan rumah pada minit ke-66 sekali gus mencipta hatrik.

Pahang terus berpesta gol apabila Mohd Fauzi menjaringkan gol kelima pada minit ke-69 sebelum Baqiuddin Samsudin menambah derita pasukan lawan apabila meledak gol keenam pada minit ke-78.

Muhammad Afzal mengurangkan defisit jaringan menerusi gol kedua PDRM pada minit ke-90, namun kedudukan 6-2 berpihak kepada Pahang kekal sehingga ke wisel penamat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala Emas Raja-Raja 2016 , Pahang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan