Kedah Uji Pemain Import Dan Tempatan Malam Ini

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 1:16 PM

Kim Seong Hyun

(Ubah saiz teks)

JUARA Piala Malaysia, Kedah akan berdepan perlawanan ujian pertamanya bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam perlawanan persahabatan di Stadium Darulaman pada Selasa malam.

Menariknya, pada perlawanan ini, skuad hijau kuning akan turut menguji pemain import baharu dari Korea Selatan iaitu Kim Seong Hyun dan beberapa muka baru lain yang terdiri daripada pemain tempatan.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, perlawanan persahabatan itu merupakan peluang terbaik untuk skuadnya memilih pemain bagi menyarung jersi pasukan berkenaan bagi musim 2017.

Menurutnya, selain pemain baharu, Kedah juga akan diperkuat oleh seorang lagi importnya yang telah kembali selepas mengalami kecederaan.

"Sandro Da Silva baru tiba di Alor Setar semalam dan Liridon Krasniqi dijangka tiba malam ini. Walaupun mereka mungkin tidak diturunkan tetapi sekurang-kurangnya mereka telah ada bersama pasukan.

"Pemain pertahanan dari Korea, Seong Hyun yang berusia 23 tahun pasti akan mendapat peluangnya. Dia perlu menunjukkan kemampuan sebenarnya kerana pada pengetahuan saya lawan kita juga akan turut menggunakan tiga pemain import dari Korea Selatan.

"Selain Seong Hyun, dua pemain tempatan iaitu Akram Mahinan dari Johor Darul Takzim dan Fitri Omar (Pulau Pinang) akan turut mendapat peluang," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, beliau mensasarkan beberapa penyerang import untuk diuji dalam tempoh terdekat bagi mendapat keserasian bersama pemain Kedah sebelum diberikan kontrak.

"Setakat ini ramai ejen pemain telah menghubungi saya dan memberitahu mereka memiliki penyerang berwiba bagi mengetuai bahagian serangan Kedah, tetapi saya sudah mengenal pasti beberapa nama untuk diuji.

"Bukan sekadar mampu beraksi bersama barisan pemain lain dalam pasukan Kedah malah ketajaman di hadapan pintu gol lawan juga menjadi kepentingan sebelum pemain itu dapat  menyarung jersi nombor sembilan.

"Setakat ini hanya pemain yang mewakili negara sahaja diberi cuti agak panjang manakala pemain lain telah kembali menjalani latihan.

"Kita perlukan persediaan yang rapi untuk memulakan liga musim depan selain misi mempertahankan Piala Malaysia yang berada di Alor Setar," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan