Nike, England Lanjut Kerjasama Sehingga 2030

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

ENGLAND mengesahkan perjanjian jersi skuad Three Lions itu bersama jenama pakaian sukan gergasi, Nike dilanjutkan sehingga 12 tahun lagi.

Ini bermakna skuad tersebut akan menyarung jersi jenama berkenaan sehingga 2030.

Perjanjian baharu itu dilaporkan bernilai 400 juta pound.

Nike akan menghasilkan rekaan dan membekalkan jersi itu kepada pasukan England yang berpangkalan di St George Park.

Pengarah Pemasaran dan Komersial Persatuan Bola Sepak England (FA), Mark Bullingham berkata beliau amat berbangga dengan kerjasama tersebut.

"Ia amat penting kepada pasukan untuk menjamin komitmen jangka masa panjang bagi membolehkan kedua-dua pihak membina kerjasama kukuh.

"Dengan FA berusaha untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia, amat penting bagi kami untuk menjalin kerjasama dengan peneraju global inovatif seperti Nike.

"Amat menakjubkan bahawa sokongan ini bukan sahaja akan diteruskan bermula hari ini tetapi sehingga 2030," katanya.
Tags / Kata Kunci: England , Nike

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan