Arsenal Siasat Insiden 'Panjat' Bumbung Stadium Emirates

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2016 8:13 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENAL menjalankan siasatan terhadap kes kumpulan anak muda yang bertindak memanjat dan duduk di atas bumbung Stadium Emirates.

Malah, The Gunners turut melibatkan polis dan pakar anti keganasan dalam menjalankan siasatan kes ini.

Buktinya adalah video dan gambar-gambar yang disebarkan oleh seorang yang bernama Dying Llama.


Dalam rakaman itu, dia dan beberapa rakannya dilihat berjalan-jalan dan sempat duduk di bumbung stadium Arsenal.

Tidak setakat Stadium Emirates, Stadium London yang merupakan kandang West Ham United juga menjadi destinasi 'pendakian' mereka.

Mereka juga mendakwa telah berjaya menceroboh sistem keselematan di kedua-dua stadium itu.

"Gila, kami mampu masuk ke dua stadium ini tanpa ditangkap," menurut rakaman suara di akaun Youtube Dying Lama.

Apa yang berlaku ini menjadi tamparan hebat buat pasukan keselamatan di kubu Arsenal, yang sebelum ini terkenal dengan sistem keselamatan yang ketat dan diawasi petugas dan CCTV selama 24 jam.

"Kami juga bekerjasama dengan polis dan pakar anti keganasan. Keselamatan penyokong menjadi keutamaan kami," kata jurucakap kelab itu.

Dying Lama dan rakan-rakannya berada dalam komuniti Night Scape. Kumpulan ini dengan berani telah mendaki tempat-tempat tinggi.
Tags / Kata Kunci: Stadium Emirates , Dying Llama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan