Chelsea Mustahil Kumpul 100 Mata - Conte

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 8:00 AM

Antonio Conte (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemainnya Diego Costa yang menjaringkan gol kemenangan Chelsea ke atas West Bromwich Albion, malam Ahad. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte, berkata sukar untuk pasukannya dapat meraih 100 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ini kerana, Conte berpendapat, perlawanan musim ini berlangsung semakin sengit.

"Pada waktu ini, meraih 100 mata di Liga Perdana adalah mustahil, begitu juga pada masa akan datang, ia akan menjadi semakin sulit.

"Ini disebabkan setiap perlawanan di liga ini berlangsung dengan begitu sengit," kata Conte, memetik ESPN.


Untuk rekod, Chelsea pernah meraih mata tertinggi 95 ketika era Jose Mourinho.

Bagi Conte, pencapaian tertingginya berlaku ketika membimbing Juventus pada 2013-2014, dengan 102 mata.

"Saya rasa 95 adalah angka yang luar biasa. Sukar mengakhiri musim dengan 90 mata. Bagi kami, hal paling penting adalah memberi perhatian pada pertandingan demi pertandingan," kata pengurus dari Itali itu.

Chelsea meraih kemenangan kali kesembilan berturut-turut pada Liga Perdana Inggeris 2016-2017.

Terbaharu, Diego Costa mencipta gol kemenangan 1-0 Chelsea ke atas West Bromwich Albion, dalam pertandingan di Stamford Bridge, malam Ahad.

Chelsea kini berada di puncak liga dengan 37 mata, manakala Arsenal dengan 34 mata di tempat kedua.

Tags / Kata Kunci: kumpul mata , mata EPL , Antonio Conte

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan