Man City Dimalukan Leicester

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2016 7:52 AM

(Ubah saiz teks)

"SAYA bukan jurulatih untuk menjatuhkan pemain lawan."

Demikian ketegasan Pep Guardiola selepas skuad bimbingannya , Manchester City tewas 2-4 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Dalam perlawanan itu, anak didik Claudio Ranieri mengingatkan kembali status juara liga musim lalu dengan menyumbat dua gol dalam tempoh lima minit untuk menjadikan kedudukan 3-0 selepas 20 minit permainan bermula.

Tidak cukup dengan itu, Jamie Vardy membuktikan ketajaman penyudahnya dengan melakukan hatrik.

Bagi pihak City pula, aksi pertahanan tengah bernilai £47.5 juta, John Stones dan penjaga gol, Claudio Bravo dianggap telah memalukan pasukan selepas mereka memilih untuk membuat hantaran di kawasan gol.

"Kami terlalu banyak menjatuhkan dan menggasari pemain lawan sepanjang permainan ini.

"Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan jurulatih untuk menggasari dan menjatuhkan pemain lawan," jelas Guardiola.

Tambahnya, tindakan pemain City membenarkan lawan menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit telah memberi tekanan secara keseluruhan.

"Keadaan menjadi rumit selepas lawan mendahului 2-0.

"Saya tidak kecewa dengan pemain kerana sebagai pemain profesional mereka tahu apa yang telah berlaku di atas padang.

"Saya berharap mereka akan berubah dalam perlawanan akan datang," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan