Okaka Sumbat Dua Gol Bantu Watford Benam Everton

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 10:44 PM

Stefano Okaka.

(Ubah saiz teks)

STEFANO Okaka menjaringkan dua gol untuk Watford ketika pasukan itu menewaskan Everton 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Vicarage Road, malam Sabtu.

Bekas penyerang Roma itu beraksi pada penampilan kelimanya bersama Watford musim ini.

Okaka menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-36 selepas Romelu Lukaku membuka jaringan awal buat Everton seawal minit ke-17.

Watford bagaimanapun terus berada di depan menerusi gol Sebastian Podl pada minit ke-59 sebelum Okaka melengkapkan gol ketiga lima minit kemudian.

Everton cuba merapatkan jurang mata menerusi jaringan Lukaku ketika perlawanan berbaki empat minit.

Namun Everton terus buntu mencari peluang untuk mengikat tuan rumah dan kedudukan kekal 3-2 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu meletakkan Watford di tempat ketujuh liga manakala Everton kelapan dengan perbezaan satu mata.





Tags / Kata Kunci: Watford , Everton , Liga Perdana Inggeris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan